photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Jumaat, 28 Mac 2014

maafla kin...:(

assalamualaikum sekelian alam.

apa khabar kamu di sana...aku di sini baik baik saja. hehe
hari ni aku nak kongsi satu cerita. tadi aku g makan kat tepi old town. makan mee udang. hampeh. tak sedap langsung. sape-sape datang tanjung malim, kalau singgah kedai tepi old town tu tak yah makan mee udang lah. kalau makan satay boleh. satay dia memang phehhhhh....sodap sampai menjilat-jilat jari jemari yang ada. kalu 10 jari 10 jari lah akan dijilat...hehe oh ya, mee rebus pon beleh tahan sodap jugak. kalau nak rasa cuba lah kesana. aku lupa pulak ape ke nama kedai tu. tapi sebelah old town lah. yang jual satay tu.

tapi ada lagi cita selain cita tu. cita pasal aku, kin  dan fiza. aku rasa serba salah la ngan kin sebab tadi dia nak buang air masa aku tengah makan. aku tengok muka dia macam dah tak tahan, tapi bila aku suruh dia pegi buang air dalam tandas kedai tu dia tak mau. nak balik buang air di ruamh katanya. jadi, aku teruskan je lah niat aku, iaitu makan sampai habis walaupun tak sedap mee udang tadi. lepas makan aku minum teh tarik pulak. masa tu kin dah menggesa aku supaya cepat. fiza pulak saja nak bergurau suruh aku minum air sampai habis. dah habis aku minum air dia lambat lambat pulak nak gerak. al maklumlah, dia driver, kami passenger.

lepas tu, nak dijadikan cerita, kin yang sensitif telah terasa hati sebab tak jaga hati dia yang sedang nak buang air dan nak balik buang air di rumah. sampai dia cakap macam ni "kawe akan ingat hari ni" tapi lepas makan tadi, fiza terus hantar dia balik dan aku teman fiza pegi pekan. fiza si bisnes woman tu nak bank in duit la pulak. tak teman kan bahaya gak sesorang gi pekan. so, aku pilih tok teman fiza dan kin duk kat umah sesorang. buyers ke aku???

agaknya dia memang terasa hati kot sebab masa balik tadi dia kunci pintu bilik dia. aku cakap ngan dia pun tak berbalas la pulak. aku panggil pun tak ada sahutan jugak. macam aku cakap ngan pintu bilik dia dah tadi. nasib baik pintu bilik dia tak bercakap ngan aku. kalau tak memang pengsan kat situ dah. hai la kin...kenapa lah merajuk. sampai sekarang tak buka-buka lagi. aku bukannya pandai nak pujuk orang tua merajuk ni. aku pun rasa bersalah lah walaupun tadi dia boleh je kalau nak buang air di tandas kedai makan tu. ayoyo.....!!! ye lah, sebab tadi dia tunggu aku makan kan.jadi aku hantar chat kat dia cakap aku minta maaf kalau marah kat aku. tapi dia tak balas. tak on fb kot.

dah la kin. jangan la merajuk. buruk orang tua merajuk ni. takkan la pasal ni pun tak nak cakap ngan kita orang kin. sampai begitu sekali ke.

andai terasa ngan aku, aku minta maaf kin. aku harap tadi kau tak sembelit la ye.

~ sungguh. kadang kadang nak beri maaf tu macam nak beri setongkol emas je. tapi ketahuilah bahawa orang yang memberi kemaafan itu hatinya lebih besar daripada orang yang meminta maaf~

untuk kin aku tulis peristiwa ni.

semoga persahabatan kita kekal sampai bila bila macam yang kita sama-sama doakan sewaktu solat jemaah sama-sama. kau imam aku makmum. :)

harap esok kin senyum.