assalamualaikum sekelian alam.
apa khabar kamu di sana...aku di sini baik baik saja. hehe
hari ni aku nak kongsi satu cerita. tadi aku g makan kat tepi old town. makan mee udang. hampeh. tak sedap langsung. sape-sape datang tanjung malim, kalau singgah kedai tepi old town tu tak yah makan mee udang lah. kalau makan satay boleh. satay dia memang phehhhhh....sodap sampai menjilat-jilat jari jemari yang ada. kalu 10 jari 10 jari lah akan dijilat...hehe oh ya, mee rebus pon beleh tahan sodap jugak. kalau nak rasa cuba lah kesana. aku lupa pulak ape ke nama kedai tu. tapi sebelah old town lah. yang jual satay tu.
tapi ada lagi cita selain cita tu. cita pasal aku, kin dan fiza. aku rasa serba salah la ngan kin sebab tadi dia nak buang air masa aku tengah makan. aku tengok muka dia macam dah tak tahan, tapi bila aku suruh dia pegi buang air dalam tandas kedai tu dia tak mau. nak balik buang air di ruamh katanya. jadi, aku teruskan je lah niat aku, iaitu makan sampai habis walaupun tak sedap mee udang tadi. lepas makan aku minum teh tarik pulak. masa tu kin dah menggesa aku supaya cepat. fiza pulak saja nak bergurau suruh aku minum air sampai habis. dah habis aku minum air dia lambat lambat pulak nak gerak. al maklumlah, dia driver, kami passenger.
lepas tu, nak dijadikan cerita, kin yang sensitif telah terasa hati sebab tak jaga hati dia yang sedang nak buang air dan nak balik buang air di rumah. sampai dia cakap macam ni "kawe akan ingat hari ni" tapi lepas makan tadi, fiza terus hantar dia balik dan aku teman fiza pegi pekan. fiza si bisnes woman tu nak bank in duit la pulak. tak teman kan bahaya gak sesorang gi pekan. so, aku pilih tok teman fiza dan kin duk kat umah sesorang. buyers ke aku???
agaknya dia memang terasa hati kot sebab masa balik tadi dia kunci pintu bilik dia. aku cakap ngan dia pun tak berbalas la pulak. aku panggil pun tak ada sahutan jugak. macam aku cakap ngan pintu bilik dia dah tadi. nasib baik pintu bilik dia tak bercakap ngan aku. kalau tak memang pengsan kat situ dah. hai la kin...kenapa lah merajuk. sampai sekarang tak buka-buka lagi. aku bukannya pandai nak pujuk orang tua merajuk ni. aku pun rasa bersalah lah walaupun tadi dia boleh je kalau nak buang air di tandas kedai makan tu. ayoyo.....!!! ye lah, sebab tadi dia tunggu aku makan kan.jadi aku hantar chat kat dia cakap aku minta maaf kalau marah kat aku. tapi dia tak balas. tak on fb kot.
dah la kin. jangan la merajuk. buruk orang tua merajuk ni. takkan la pasal ni pun tak nak cakap ngan kita orang kin. sampai begitu sekali ke.
andai terasa ngan aku, aku minta maaf kin. aku harap tadi kau tak sembelit la ye.
~ sungguh. kadang kadang nak beri maaf tu macam nak beri setongkol emas je. tapi ketahuilah bahawa orang yang memberi kemaafan itu hatinya lebih besar daripada orang yang meminta maaf~
untuk kin aku tulis peristiwa ni.
semoga persahabatan kita kekal sampai bila bila macam yang kita sama-sama doakan sewaktu solat jemaah sama-sama. kau imam aku makmum. :)
harap esok kin senyum.
Suatu Hari Aku Menulis
semoga penat lelahku akan dihargai Ilahi biarpun dicemuh Insani... http://www.telusurihari.blogspot.com
Jumaat, 28 Mac 2014
Rabu, 3 April 2013
GOMO KELATE GOMO!!!
Assalamualaikum sekalian alam...
Aku sangat senang hati sekarang, nak tahu kenapa? sebab esok aku nak balik kampung...jumpa ibu ayah, jumpa kakak abang, jumpa rumah, jumpa segala-gala yang ada di kampung aku...tak sabar nak tunggu esok...hehehe
Mungkin disebabkan The Red Warrios menang semalam, membuatkan aku terasa nak tulis cerita pasal bola Kelantan...aku salah seorang penggemar The Red Warrios... wira merah yang sememangnya diminati oleh seluruh rakyat Kelantan, buktinya setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan kesayangan ramai orang Kelantan ni, stadium pasti akan dipenuhi dengan kehadiran penyokong-penyokong pahlawan merah...aku pun jadi minat jugak lah, sebab aku sayangkan Kelantan, aku minat semua benda yang berkaitan dengan negeri tanah tumpah darah aku...^____^
~ramai kan, aku tak tipu tau~
Aku sebenarnya nak kongsi lagu yang bertajuk, bo lawe staro demo...lagu ni sememangnya dicipta khas untuk menyemarakkan lagi bola sepak di Kelantan...liriknya berbunyi seperi berikut...
Bo lawe staro demo,
gomo Kelate gomo,
Bo maing staro demo,
gomo Kelate gomo,
Bo meney staro demo,
gomo Kelate gomo
Semangat....anok Kelate
keno bringat...lah gulawe...
semangat Tok Janggut
Dale daroh Kelate
Berani sikit pun tok takut
kalu jupo gu lawe...
Bako molek, titih pun comey
tidok debek, gagoh hanale
semanagt...anok Kelate...
keno bringat...lah gu lawe...
Bo lawe staro demo,
gomo Kelate gomo,
Bo maing staro demo,
gomo Kelate gomo,
Bo meney staro demo,
gomo Kelate gomo
Semangat....anok Kelate
keno bringat...lah gulawe...
Pantang serah kaloh Sampai putih tulang
Atur tapok susun langkoh Kalu jjupo gu lawe
Isih angin hulubalang
Sidi sakti tak hebat kokrang
Azimat anak kelate
Mintak berkat dari tuhan
Bo lawe staro demo,
gomo Kelate gomo,
Bo maing staro demo,
gomo Kelate gomo,
Bo meney staro demo,
gomo Kelate gomo
Kederat anok kelate
Kena beringatlah gu lawe
Bo lawe staro demo,
gomo Kelate gomo,
Bo maing staro demo,
gomo Kelate gomo,
Bo meney staro demo,
gomo Kelate gomo
Smgt anok kelate
Mintak berkat dari tuhan
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/07/lirik-bo-lawe-staro-demo-dikir-warriors.html#ixzz2SA0pWWTI
Faham tak jika baca lirik lagu ni, dalam versi dialek Kelantan?...kalau tak faham, aku akan tulis dalam versi bahasa Melayu Standard pula...hehehe, jom kita tengok...apa maksud nya ye?
Kalau setakat lawan dengan kamu
Berusaha Kelantan berusaha
Kalau setakat bermain seperti kamu
Berusaha Kelantan berusaha
kalau setakat itu prestasi kamu
Berusaha Kelantan berusaha...
Semangat Tok Janggut
Dalam darah Kelantan
Berani sedikit pun tak takut
kalau berhadapan dengan pasukan lawan
Keturunan baik, pusaka pun baik
tidak lemah, gagah perkasa
semangat...anak Kelantan
berhati-hatilah pasukan lawan
Kalau setakat lawan dengan kamu
Berusaha Kelantan berusaha
Kalau setakat bermain seperti kamu
Berusaha Kelantan berusaha
kalau setakat itu kamu prestasi kamu
Berusaha Kelantan berusaha...
Harap...semua boleh faham maksud lagu yang hendak disampaikan...hehehe, rasa pelik pulak bila baca lirik lagu dalam bahasa Melayu standard...tapi begitulah hakikatnya...
~ni la lagunya~
ada satu malam tu, aku keluar makan...naik kereta sewa, kebetulan malam tu ada perlawanan bola yang membabitkan pasukan Kelantan,
pemandu: nak pergi tengok bola ke?
aku dan rakan: ye laa...kami minat kelantan
pemandu: minat bola juga dia (dalam dialek kelantan)
aku dan rakan: ye laa...
pemandu: minat kat sapa?
aku: tak minat sapa-sapa pun, minat pada bola je...
pemandu: hehehe..."gelak pulak"...
akhir kata: majulah sukan untuk semua...^____^
Lagi-lagi Dialek Kelantan ^_____^
Assalamualaikum
sekalian alam...
pada petang yang
sayahdu ini, aku ada satu perkara yang nak dikongsikan...sebenarnya tadi hujan
baru sahaja membasahi Kolej Ungku Omar...lebat yang teramat aku rasa
hujan tadi, sebab masa hujan tu aku tengah tidur...kebetulan pula, tingkap
terbuaka luas...sekali hujan telah menempiaskan airnya sehingga terkena
kakiku...dan aku tersedar kerana itu...kemudian tanpa berlengah, dengan muka
yang berkerut dan wajah yang sedikit terkejut aku bergegas bangun untuk menutup
tingkap...hehehe (tak ada kena menegena langsung dengan tajuk)...
Sebenarnya aku nak
tulis mengenai dialek kelantan yang terpengaruh dengan unsur bahasa
asing...mugkin kalau anak Kelantan sejati mereka akan tahu menegenai perkara
ini...jadi, aku nak kongsi sikitlah mengenai loghrat Kelantan, negeriku yang
tercinta ni...hehe
Umumnya, pasti kita
sudah mengetahui tentang kewujudan bahasa asing dalam bahasa Melayu
kan...Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu agak banyak...sebagai contoh,
bahasa Sanskrit.
Sejak zaman bahasa Melayu kuno lagi bahasa Melayu telah menerima pengaruh bahasa asing. Bahasa terawal yang mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit. Contohnya ialah perkataan syurga dan negara. setelah Islam mula bertapak di Tanah Melayu, bahasa Arab pula telah mula mempengaruhi bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana penyebaran agama Islam pada ketika itu telah turut menyebarkan bahasa Arab dan penggunaannya mempengaruhi bahasa Melayu. Contohnya ialah taubat dan sabar.
Faktor penjajahan merupakan salah satu penyebab
utama pengaruh bahasa asing meresap ke dalam bahasa Melayu. Antara bahasa asing
yang banyak mempengaruhi bahasa Melayu sewaktu kedatangan penjajah ialah bahasa
Portugis, Belanda, dan Inggeris. Antara contoh perkataan dari bahasa asing yang
digunakan dalam bahasa Melayu sehingga kini ialah:
1. big work (bekwoh) bermaksud kenduri...
2. go back (gobek) perkataan ini sering digunakan
oleh orang tua yang hendak makan sirih...
3. so hot (soo'uh) bermaksud panas
4. pay cone (pekong) bermaksud baling
5. walk low lock (wak lo lok) bermaksud menipu
6. Go red (gorek) bermaksud pengasah pensil
7. talk chair cut (tok cei kak) bermaksud tak larat
8. key chat (keycet) bermaksud berbual/bercakap
9. Are gas (agah) bermaksud sombong atau ego
10. gay where (gewe) bermaksud kekasih
Nampak tak perkataan-perkataan yang aku tulis tuu...ni la yang aku cakap pengaruh penggunaan bahasa asing dalam dialek Kelantan...sampai sini saja dulu, baik lah baiii...^____^
akhir kata: Kelate kawe Kelate demo jugok...
Malaysia ku, Malaysia mu jua...hahaha
Bahasa Portugis – garpu, mentega, jendela, baldi
Bahasa Belanda – balkoni, duit, kamar,
rokok, senapang
Bahasa Inggeris – anti, makro, mikro, bulan madu
yang
diambil dari perkataan 'honeymoon'
Jika bahasa Melayu mempunyai pengaruh unsur bahasa asing, begitu juga dengan dialek Kelantan...banyak unsur-unsur asing yang wujud dalam beberapa perkataan yang dituturkan dalam dialek kelantan...kalau dengar orang kelantan sejati cakap lagi jelas penggunaannya, apa-apa pun aku nak kongsi sikit dalam laman blog aku ni...bagi yang tak tahu, akan tahu, yang kurang tahu bertambah tahu dan yang sudah tahu...baguslah...hehehe, jom kita tengok:
1. big work (bekwoh) bermaksud kenduri...
2. go back (gobek) perkataan ini sering digunakan
oleh orang tua yang hendak makan sirih...
3. so hot (soo'uh) bermaksud panas
4. pay cone (pekong) bermaksud baling
5. walk low lock (wak lo lok) bermaksud menipu
6. Go red (gorek) bermaksud pengasah pensil
7. talk chair cut (tok cei kak) bermaksud tak larat
8. key chat (keycet) bermaksud berbual/bercakap
9. Are gas (agah) bermaksud sombong atau ego
10. gay where (gewe) bermaksud kekasih
Nampak tak perkataan-perkataan yang aku tulis tuu...ni la yang aku cakap pengaruh penggunaan bahasa asing dalam dialek Kelantan...sampai sini saja dulu, baik lah baiii...^____^
akhir kata: Kelate kawe Kelate demo jugok...
Malaysia ku, Malaysia mu jua...hahaha
Langgan:
Catatan (Atom)