photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Rabu, 3 April 2013

Lagi-lagi Dialek Kelantan ^_____^



Assalamualaikum sekalian alam...

pada petang yang sayahdu ini, aku ada satu perkara yang nak dikongsikan...sebenarnya tadi hujan baru sahaja membasahi  Kolej Ungku Omar...lebat yang teramat aku rasa hujan tadi, sebab masa hujan tu aku tengah tidur...kebetulan pula, tingkap terbuaka luas...sekali hujan telah menempiaskan airnya sehingga terkena kakiku...dan aku tersedar kerana itu...kemudian tanpa berlengah, dengan muka yang berkerut dan wajah yang sedikit terkejut aku bergegas bangun untuk menutup tingkap...hehehe (tak ada kena menegena langsung dengan tajuk)...

Sebenarnya aku nak tulis mengenai dialek kelantan yang terpengaruh dengan unsur bahasa asing...mugkin kalau anak Kelantan sejati mereka akan tahu menegenai perkara ini...jadi, aku nak kongsi sikitlah mengenai loghrat Kelantan, negeriku yang tercinta ni...hehe

Umumnya, pasti kita sudah mengetahui tentang kewujudan bahasa asing dalam bahasa Melayu kan...Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu agak banyak...sebagai contoh, bahasa Sanskrit.



Sejak zaman bahasa Melayu kuno lagi bahasa Melayu telah menerima pengaruh bahasa asing. Bahasa terawal yang mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit. Contohnya ialah perkataan syurga dan negara. setelah Islam mula bertapak di Tanah Melayu, bahasa Arab pula telah mula mempengaruhi bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana penyebaran agama Islam pada ketika itu telah turut menyebarkan bahasa Arab dan penggunaannya mempengaruhi bahasa Melayu. Contohnya ialah taubat dan sabar.

Faktor penjajahan merupakan salah satu penyebab utama pengaruh bahasa asing meresap ke dalam bahasa Melayu. Antara bahasa asing yang banyak mempengaruhi bahasa Melayu sewaktu kedatangan penjajah ialah bahasa Portugis, Belanda, dan Inggeris. Antara contoh perkataan dari bahasa asing yang digunakan dalam bahasa Melayu sehingga kini ialah:

Bahasa Portugis – garpu, mentega, jendela, baldi
Bahasa Belanda – balkoni, duit, kamar, rokok, senapang 
Bahasa Inggeris – anti, makro, mikro, bulan madu yang 
diambil dari perkataan 'honeymoon'


Jika bahasa Melayu mempunyai pengaruh unsur bahasa asing, begitu juga dengan dialek Kelantan...banyak unsur-unsur asing yang wujud dalam beberapa perkataan yang dituturkan dalam dialek kelantan...kalau dengar orang kelantan sejati cakap lagi jelas penggunaannya, apa-apa pun aku nak kongsi sikit dalam laman blog aku ni...bagi yang tak tahu, akan tahu, yang kurang tahu bertambah tahu dan yang sudah tahu...baguslah...hehehe, jom kita tengok:


1. big work (bekwoh) bermaksud kenduri...
2. go back (gobek) perkataan ini sering digunakan
oleh orang tua yang hendak makan sirih...
3. so hot (soo'uh) bermaksud panas
4. pay cone (pekong) bermaksud baling
5. walk low lock (wak lo lok) bermaksud menipu
6. Go red (gorek) bermaksud pengasah pensil
7. talk chair cut (tok cei kak) bermaksud tak larat
8. key chat (keycet) bermaksud berbual/bercakap
9. Are gas (agah) bermaksud sombong atau ego
10. gay where (gewe) bermaksud kekasih


Nampak tak perkataan-perkataan yang aku tulis tuu...ni la yang aku cakap pengaruh penggunaan bahasa asing dalam dialek Kelantan...sampai sini saja dulu, baik lah baiii...^____^


akhir kata: Kelate kawe Kelate demo jugok...
Malaysia ku, Malaysia mu jua...hahaha



1 ulasan: