photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Selasa, 2 April 2013

Nasi goreng Ikan Masin...c(:


(kolej ungku omar)

Malam itu, suhu sangat panas seiring dengan panasnya udara yang bertiup di kolej Ungku Omar yang terletak berdekatan dengan bandaraya Proton dalam bumi yang dikenali sebagai daerah Tanjung Malim...hehehe

Sejak akhir-akhir ini, suhu panas menyelubungi bumi Malaysia...Subhanallah...Ini juga satu rahmat sebenarnya...jadi, jangan sesekali merungut, walaupun panas, tetapi Allah tetap turunkan hujan...buktinya sangat jelas dan sahih lagi terang tanpa disuluh...petang tadi hujan, petang semalam hujan, petang kelmarin hujan...jadi kita kenalah bersyukur!...hehe, (peringatan untuk aku juga)

Semalam aku dan tiga lagi rakan, iaitu Fiza, Fadhilah dan Syikin...kami pergi cari makan di kafe buat pertama kalinya untuk sem ini...maklum lah, aku duduk blok 2, aras 4...fuhhhh..."tinggi gile"...kalau nak turun memang berfikir 10 kali dulu laa, sebab penat sangat kena naik tangga, tak sempat sampai di aras 4 pun dah rasa tak cukup nafas...apa la nasib hai si tulang empat kerat...hehe

Jadi, semalam setelah sampai di kafe Khar (Kolej Harun)...aku dan rakan-rakan seperjuangan yang sedang kelaparan telah membuat keputusan untuk makan di sebuah gerai...kami tiba di gerai tersebut dan mula pesan makanan pukul 9.30 malam...pukul 10.30 tak siap lagi, 10.31, tak siap jugak, 10.32 pun tak siap jugak...nampaknya, masa tu kami agak marah sebab lama menunggu...dah la perut lapar, tapi makanan kami tak sampai-sampai juga, nampak orang pon sekali kecil sekali besar...aisyhhh...aku makan orang kan...(perasaan masa tu laa) hehehe...

Tiba-tiba...

Tepat pukul 11 p.m, Syikin menjadi wakil terhormat pergi ke gerai tersebut dan tanya samaada pesanan kami dah siap atau tidak...jawapan sangat mengecewakan perut kami semua...kami tunggu lagi, tunggu punya tunggu punya tunggu...aku pula menemani Syikin untuk bertanya mengenai pesanan tersebut...

aku: akak, tak siap lagi ke?
akak: kamu pesannya apa?...sekali minah Indon...baru ku tahu...
aku: saya pesan nasi goreng ikan masin, nasi gereng seafood, nasi goreng tom yam dan mee goreng mamak... dah siap ker...dengan muka yang agak mencuka...(walaupun aku tahu tak siap lagi pon)
akak: kena tunggu dulu laa kamu...ikut giliran, siapa siap kami panggil...dengan muka "tak boleh bla"...
aku: masih sabar dan pergi duduk semula

kami mula berkira-kira untuk meninggalkan sahaja gerai tersebut..menyampah pula, tapi kami masih tergolong dalam kalangan orang yang sedang kelapoaran pada masa itu, jadi kami terus menunggu juga lah...kalau nak dikira, dah hampir dua jam tunggu...alang-alang tunggu...kami teruskan je laa...

tidak lama kemudian...Syikin yang sudah tidak tahan untuk makan kerana perutnya sedang bergendang, berseruling, berbiola, berpiano...semua alat muzik kedengaran...jadi dia sekali lagi ke gerai tersebut untuk bertanya...

walaupun aku tak dengar sangat mereka bercakap, tapi aku boleh agak apa yang dicakapkan mereka...

Syikin: kak belum siap lagi ke?
akak: apa kamu pesan...
Syikin;&%$#&*&%$#$%&*
akak: kamu tulis semula la...
Syikin: ikut je apa yang akak tu suruh...

Tak lama selepas itu, sampaila pesanan kami satu-persatu...opss, bukan sampai...siap sebab kami pergi ambil sendiri di gerai tersebut...apabila menjamah sahaja makanan yang sekian lama ditunggu-tunggu...hampeh...ingat sedap...

memang "fail" lah...tak sedap langsung!...selalunya kalau masa lapar, makanan yang tak sedap pun aku akan habiskan, tapi tidak semalam...ingat ramai orang makan di situ, sedap la...tapi tak sedap pun sebenanya...terus-terang, dah la bagi aku nasi goreng ikan busuk...hadoi...malas lah aku cerita...sampai sini je lah...

Jadi di sini, aku nak bagi nasihat percuma laa pada kawan-kawan yang ada hati nak makan di Khar tu, "sila tempah makanan anda selepas asar jika nak makan selepas Isyak...

akhir kata: gendang gendut tali kecapi, lapar perut susah hati...c(;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan