photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Jumaat, 29 Mac 2013

AkU CiNta PaDa Mu...^____^


Assalamualaikum sekalian alam...

Melihatkan tajuk di atas...aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja aku nak tulis pasal benda ni...nak kata aku sedang dilamun cinta, memang sah-sah bukan...nak kata aku jatuh cinta...pon bukan...nak kata aku sedang angau bercinta...bukan jugak...hrmmm, sebenarnya aku saja-saja je, tiba-tiba rasa nak tulis pasal tajuk ni...Hehehe...

Melihat rakan sebilik sedang asyik dilamun cinta, begitu juga dengan rakan serumah yang baru sahaja bertemu cinta membuatkan aku sedikit gatal untuk menulis pasal ni laa kot...Selalunya, cinta ini antara seorang lelaki dan perempuan yang dipanggil kekasih...tapi, sebenarnya cinta yang halal yang paling diredhai...Sebab tu lah aku lebih suka dengan ungkapan, bercinta selepas nikah...hehehe, macam "sweet"...

CINTA. macam-macam pendapat akan dikemukakan jika kita bertanya tentang maksudnya. ada yang kata cinta itu perlukan kesetiaan. ada yang kata cinta itu buta, ada jugak yang kata cinta itu perlukan pengorbanan...apa-apa je lah kan...





setiap orang kena ada cinta dalam diri mereka...tak kira lah, cinta sesama manusia, cinta pada makhluk Allah yang lain...dan cinta yang Agung ialah Cinta Pada Allah yang Esa...

bagi aku, cinta itu macam makanan. ada rasa manis, masam, pahit, masin....
dalam hidup ini kita percaya adanya hantu kan, hantu merupakan makhluk Allah yang  kita tak nampak pun ia, tapi walaupun tak nampak, kita percaya ia ada kan...begitu jugaklah dengan cinta! hehehe...c(=

Sebenarnya, tujuan asal aku tulis tajuk ni sebab aku nak kongsi tentang ungkapan yang dianggap keramat bagi orang yang bercinta...iaitu perkataan "aku cinta padamu"...aku nak kongsi ungkapan ini dalam versi lain...maksudnya diungkapkan dalam bahasa lain...jom kita tengok...macam mana bunyinya dalam bahasa lain perkataan "aku cinta padamu" ni....kehkehkeh...




Arab - Ana Uhibbuki  
Filipina - Mahal kita
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Jepun- Aishiteru
Korea - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Mandarin China - Wo ai ni
Kantonis China - Ngo oiy ney a
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
English -  I love you

Setakat ini sajalah perkongsian aku pada kali ini...nanti kalau aku tahu bahasa lain lagi aku tambah balik...hehehe
korang rasa korang dah ada ayat power nak tarik “pak we” atau “mak we” korang? sekali sekala guna la perkataan lain...baru ada variasi bahasa sikit...hehehe


akhir kata: Jika ditakdirkan aku mempunyai suami satu hari nanti, tak hensem pon tak apa...kalau boleh biarlah yang berilmu...hehehe...lari topik, baik lah...babai ^______^



Khamis, 28 Mac 2013

Indahnya Bahasa Syurga!

Assalamualaikum sekalian alam...




Cantinya warna hijau...warna hijau merupakan warna yang aku gemari...sebab warna hijau sangat indah dan penuh dengan kedamaian...warna hijau ni pun warna syurga...jadi kena selalu dan kena banyak laa tengok warna hijau...hehehe

Buktinya, dalam Al-Quran pun ada menyebut tentang perkara ini:


“Penduduk Syurga itu (bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
(Ar-Rahman: Ayat 76)


“Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
(Al-Insan: Ayat 21)




Jam di lap top aku pada masa ini jelas menunjukkan pukul 1.16 a.m...oleh sebab nak siapkan kelima-lima diari untuk minggu ni aku sanggup bertarung dengan perasaan mengantuk supaya siap diari aku minggu ni...hehehe, semoga aku yang akan menang dan mengantuk akan kalah...

sebenarnya pernah terdetik dalam hati ini untuk belajar bahasa syurga, iaitu bahasa Arab...wah! seronoknya kalau pandai dan dapat faham bahasa Arab kan...Surat cinta Allah pun dalam bahasa Arab...selama ini, aku tahu baca sahaja, tapi tidak faham kalau tidak melihat terjemahan...malangnya nasib...tapi aku cuba juga untuk belajar secara perlahan-lahan...(man jadda wa jada) siapa usaha dia dapat...kena cari suami yang pandai cakap bahasa Arab nampaknya...hehehe, gatal plak rasa...c(;

Aku tengok ada sahabat-sahabat di "facebook" menulis status dalam bahasa Arab...aku nak tulis jugak, tak reti la pulak...tapi tak pe, di sini aku nak kongsi sedikit perkataan daripada bahasa Arab yang aku tahu buat masa ini...lihat di bawah:






Assalamualaikum (sejahtera ke atas kamu) = السلام عليكم
Waalaikumussalam (sejahtera juga ke atas kamu) = و علیکم السلام
perhentian = (mauqifun) موقف
orang yang berjaya = (najihun) ناجح
desa, kampung = (qaryatun) قرية
murah = (rakhiisun) رخيص
cemerlang = (baahirun) باهر
gagal = (raasibun) راسب
ana = aku
anta = kamu
Ana uhibbuki = aku cinta padamu
La = tidak
ya = na'am
terima kasih = syukran/ jazakumullah khairan
sama-sama = afwan/ mutaasawin
ahlan wasahlan = selamat datang
selamat malam = lailatu sa'idah/ tusbihu 'alal khair
selamat pagi = sobahul khir/ sobahun nur/ sobahus surur/ sobahul ful
awak apa khabar = anta khaifahaluk
berapa umur awak = kam umruk


Setakat ini saja daripada aku yang sangat fakir berbahasa Arab...selamat belajar bahasa Arab bersama aku...jumpa lagi minggu hadapan pada waktu dan hari yang sama dalam "mari bercakap bahasa Arab" ^____^

akhir kata: bahasa Arab bahasa Syurga...babai...

Rabu, 27 Mac 2013

Dia Lagi Hebat Kot!

Assalamualaikum sekalian alam...




Hari ni tak ada apa yang menarik pun berlaku dalam hidup aku...sebab hari ni aku hanya berada di bilik dan tak pergi ke mana-mana pun...kelas pagi tadi batal yang sememangnya sudah diketahui dari semalam, petang nanti baru aku ada kelas...jadi, aku terperuk dalam bilik jer laa...

Aku nak cerita sikit pasal perkara yang berlaku semasa aku dan rakan-rakan aku tengah buat perbincagan mengenai iklan yang akan aku buat untuk subjek sosiolinguistik di bilik perbincangan di perpustakaan...di sebelah meja aku dan raka-rakan aku pada masa tu ada seorang hamba Allah yang sedang belajar seorang diri...

Tiba-tiba...

Hamba Allah itu pun bertanya ""awak macam mana nak "connect" internet kat sini ye?"...kami dengan tidak tahunya membalas soalan tadi..."kami pun tak tahu sebab kami pun tak dapat juga nak sambung dengan internet ni"...setelah bercakap-cakap dan berbahas sedikit, dia pun berkata..."it's okey...i think i should ask staff here about this"...tiba-tiba saja keluar ayat BI...kami pun, berpandangan sesama sendiri, bukan sebab tak faham, tapi agak pelik...tadi elok jer cakap BM...tiba-tiba je jadi BI pula...hrmm

Aku bukan marah dia cakap BI, nak "speaking" tu boleh je... cuma apa salah nya cakap BM dengan bangsa sendiri...sah-sah yang ada di situasi itu pada masa itu, semuanya keturunan Melayu sejati...

akhir kata: orang yang bodoh sombong ialah orang yang bercakap bahasa asing dengan bangsa sendiri... (bahasa itu jatidiri kita) ^___^

Tak Kenal Maka tak Tahu!

Assalamualaikum sekalian alam...

Hari ni, tiba-tiba sahaja aku nak cerita mengenai satu pepatah yang selalu disebut-sebut oleh masyarakat... biasalah, di negara Malaysia yang tercinta ini sangat terkenal dengan pepatah Melayu seperti yang disebut oleh Hang Tuah, hero Melayu katanya begini "tak kan hilang Melayu di dunia" semua mesti pernah dengar kan...kan...kan...tapi, aku tak nak cakap pasal pepatah yang diberitahu oleh Hang Tuah ni, aku nak cakap pasal pepatah yang berbunyi "tak kenal maka tak cinta"...hehehe

Dalam persahabatan atau dalam perhubungan...kita haruslah mengenali antara satu sama lain... kita haruslah tahu isi hati antara satu sama lain, tak kira lah orang itu sahabat kita, saudara mara kita, jiran kita atau sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita...sebab tu lah ada pepatah yang mengatakan, tak kenal maka tak cinta... hrmmm...aku terfikir tentang kebenaran pepatah ini...benarkah apabila kita mengenali seseorang, rasa cinta itu wujud...macam mana jika, tak kenal maka tak cinta, dah kenal menyampah pula, benci pun ada....haaa
maknanya salah la pepatah tuuu...kan, kan, kan...hehehe

Baiklah...kadang-kadang tak semua orang yang kita kenal, kita akan suka kan...sebab ada juga orang yang apabila kita lebih dekat mengenalinya kita jadi tak suka...jadi menyampah, perasaan yang kita suka itu jadi sebaliknya pula bila kita kenal seseorang itu... jadi, sudah terang dan tak perlu lagi disuluh...pepatah tak kenal maka tak cinta ni tak betul sepenuhnya...kan,kan,kan...(hanya pendapat aku semata-mata)

Aku sebenarnya nak tunjukkan makanan-makanan yang ada di Kelantan yang tak ada di negeri lain...terutamanya Tanjung Malim ni...aku memang tak pernah jumpa lah di sini. jadi, sekarang ...ni aku nak kenalkan lah, kuih Kelantan semuanya sedap-sedap, "tak kenal maka tak tahu, bila dah kenal hari-hari mahu"...^___^



~kuih Lompat tikam~


~kuih belebat ubi stelo~


~kuih puteri mandi~


~Kuih butir nangka~


~etok atau etak~


~ubi gadong~


~pulut pisang yang sedap dipandang enak dimakan~


~nasi tumpang yang menyelerakan~


~kuih tepung boko beras dan tepung boko ubi kayu~



Nampak tak jenis makanan yang ada di atas...yum, yum...sedap nya...ni la makanan yang ada di kelantan, tapi tak jumpa lagi di sini...mungkin tak ada kot...ada banyak lagi sebenarnya, tapi kalo nak suruh aku tujuk semua, tunggu aku keluarkan buku resipi sendiri laa...hehehe

Sebenarnya aku nak kaitkan makanan ni dengan bahasa Melayu, bahasa ibunda aku...sebenarnya bahasa Melayu sangat menarik sekali kalau nak tahu...sama juga macam makanan, menyelerakan bila dipandang...begitu juga bahasa Melayu, banyak sekali perkara yang kita tidak tahu sebelum kita kenal dengan lebih baik...tapi bila dah belajar, rasa seronok pula...jadi, marilah sama-sama kita pelajari bahasa Melayu... "tak kenal maka tak tahu, dah kenal makin nak tahu"....hehehe

akhir kata: aku sayang negeri aku, aku suka negeri orang, dan aku sanjung negara sendiri...hahaha merepek sikit ^____^



Selasa, 26 Mac 2013

Plastik!




Plastik merupakan salah satu benda yang diperlukan apabila kita membeli belah di pasar raya atau di mana-mana kedai sekali pun...kena la ada plastik sebab nak isi barang yang kita beli kan...tapi sekarang ni, pasar raya tak sediakan plastik pada hari sabtu, sebab nak "save earth" sayangi bumi la katakan... sayang sangat sampai orang yang kerja atas pasar raya tu, sanggup jual pula plastik dengan harga 20 sen satu... pelik sungguh! nak jaga bumi, jadi hari sabtu tak boleh guna plastik, tapi ambil kesempatan pula...mana boleh macam tu kalau difikirkan...tak patut sungguh aku rasa...

Sebenarnya, aku cuma nak tulis mengenai perkataan plastik...perkataan plastik ni kalau di kampung aku atau dalam dialek Kelantan, kami panggil "supik" (supik gelenya atau supik ghokrak)...hehehe, bunyinya agak kelakar tapi itulah hakikatnya...biasa la kan, lain ikan lain lubuk, lain padang lain belalang, lain tempat lain panggilannya pada plastik ni...betol tak?

akhir kata: sediakan plastik sebelum ke pasar raya pada hari sabtu! sayangi bumi...sayangi diri, sanyangi semua!^___^

Mak Cik Saya tak nak!

Assalamualaikum w.t.b...

Tajuk cerita aku pada malam ini ialah "cerita selepas hujan"...petang tadi aku ke kelas Prosa Melayu. Mak aii, hujan kemain lagi lebat turun membasahi bumi Tanjung Malim. Masa aku duduk dalam bas aku dan Fadhilah masih boleh tersenyum sambil berbual-bual...tapi bila sampai saja depan Kampus lama, maksudnya aku kena turun daripada bas dan meredah hujan yang sangat lebat itu...dah la "En. bas" turunkan kami jauh dari tempat teduh..."alamak! gerenti basah"...hati aku bermonolog, turun je daripada bas Kiffah trading, aku berlari dengan laju...bukan berlari-lari anak...selaju mana pun aku lari aku tetap basah seperti sedang mandi...sebenarnya, aku tak nak cerita pasal aku basah sebab hujan tadi...aku cuma nak cerita pasal seorang mak cik yang menjual kerepek ubi...hehehe ^____^




Lepas kelas habis, aku ke keda "Djerai" untuk beli nasi goreng udang yang aku sukai...hehe, masa tengah tunggu nasi goreng siap, aku berbual-bual dengan Fadhilah Saei, tiba-tiba datang seorang mak cik yang membawa beg plastik yang saiznya agak besar dan mengandungi kerepek...mak cik tu cakap "dik mak cik jual kerepek, ada macam-macam kerepek ni" 3 bungkus 10 ringgit"...sambil menyusun bugkusan kerepek miliknya diatas meja untuk ditunjukkan kepada kami...aku pun berkata "tak apa lah mak cik, saya tak nak"...
kemudian, mak cik itu pun berkata lagi..."ambil la dik, satu pun tak apa, tolong laa...satu tiga ringgit lima puluh sen je"...ambil laa satu dik"...aku serba salah jadinya..."saya ambil satu la mak cik"...mak cik itu tersenyum...

Bahasa sapaan yang aku guna dengan mak cik tadi ialah "mak cik"...dan dia panggil aku "adik"...tanpa mengenali nama masing-masing, kalau sesetengah orang, ada yang tak boleh terima apabila kita memanggilnya mak cik atau pak cik jia kita tidak mengenali mereka...aku dah pernah kena laa, trauma juga laa aku rasa nak panggil orang dengan panggilan mesra macam tuu...nanti aku cerita lain kali pasal tu...
apa-apa je lah, kerepek pun dah habis makan, nasi goreng pon boleh tahan laa sedap nya, Alhamdulillah rezeki hari ni... semoga mak cik itu gembira!

akhir kata: hujan rahmat di bumi Tuhan...^____^

Banglades di Jalan TAR


Assalamualaikum sekalian alam...



Kali ni aku nak cerita pasal perjalanan aku di Kuala Lumpur. aku pergi KL hari Ahad lalu, pergi menghabiskan duit yang ada sambil bersenaman untuk melonggarkan sendi-sendi tulang...Letih yang amat aku pada hari itu, maklum lah, dari jam 8.30 a.m sampai lah 9.30 p.m perjalanan pergi dan balik aku dari KL ke Tanjung Malim...

masa berada di KL aku lalu Jalan TAR, ramai gila orang bangla sebelah situ, yang tak tahannya boleh pula mereka buka kedai kain...bederet kedai-kedai yang aku lalui...tak sangka betul! lalu satu kedai dengar si tuan kedai berkata "masuk tengok-tengok...baju harga murah-murah saja haa,"... lalu sebelah kedai lagi, " tiga puluh ringgit satu pasang saja haa...murah-murah saja masuk-masuk tengok"...
kedai sebelah pula "mari-mari tengok murah-murah saja, cantik-cantik semua"...

apa sudah jadi dengan ini Malaysia, negara aku yang tercinta yang aku puja...kenapa seperti kawasan di Jalan TAR dah jadi tempat orang Bagla pula...Alahai Malaysia!

ingat harga barangan di jalan tar, boleh dapat murah, tapi itu semua tak benar pun...mungkin aku dan kawan-kawan aku tak jumpa lubuk kedai yang jual murah kott...hehehe

akhir kata: Saya sayang negara saya...^___^

Jumaat, 22 Mac 2013

Dialek kelantan vs Bahasa Melayu!

Sebelum aku tulis lebih banyak lagi benda-benda merapu meraban dalam blog aku ni, Lebih baik aku ajar  sikit pasal loghat Kelantan ni. Bukannya susah sangat pun, sambil sambil buat kerja pun boleh belajar. Senang sikit nak tawar menawar bila membeli belah kat Kelantan atau nak mengorat "pak we" atau "mak we" yang berasal dari Kelantan. Nak seribu daya..tak nak seribu dalih...(where there is a will there is a way) <---mana ada kemahuan situ ada jalan...kalau bahasa Arab pulak (Man Jadda Wa Jada) <----siapa usaha, dia dapat... maaf lari topik pulak...(^___^)

Dialek kelantan merupakan dialek melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan daripada dialek melayu lain yang terdapat di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga banyak mempunyai perkataan yg berbeza... agak ilmiah sedikit bunyinya, tapi itulah kenyataan yang sebenar-benarnya, tak ada tipu-menipu pun...hahaha

baiklah, marilah sama-sama kita hayati perkataan unik daripada dialek Kelantan beserta maksudnya daripada bahasa Melayu, iaitu bahasaku yang tercinta...


* jenero bermaksud lena
* ghura bewok bermaksud bergurau dengan kasar
* hungga bermaksud lari
* nyapong bermaksud mencarut
* kecek bermaksud cakap
* segar bermaksud sihat
* air nyur bermaksud air kelapa
* ngaying bermaksud memerli
* kenaling bermaksud gementar atau berdebar-debar
* tubik bermaksud keluar


sebenarnya banyak lagi perkataan-perkataan yang aku nak tulis, tapi setakat ni je la yang aku mampu tulis di laman blog aku ni, kalau nak suruh aku tulis semua perkaatn yang ada dalam dialek kelantan, tunggu aku buat buku la...hahaha, setakat ini saja dulu...nak tido dah, selamat malam duniaku tercinta...<3 <3 <3


akhir kata: kawe saye Kelate kawe, kawe cinta Malaysia kawe....^____^

Cerita Dr. Abdullah Yusuff



Semantik dan Pragmatik merupakan salah satu subjek yang aku ambil  semester ini...sangat seronok berada dalam kelas ini, tetapi sangat malas untuk ke kelas ini kerana kelas Semantik dan Pragmatik bermula dari jam 5 petang hingga 7 petang, sedangkan aku tak ada kelas pada waktu sebelumnya...sangat kecewa dengan jadual semester ini...tak "best" langsung!

Pensyarah aku sangat suka bercerita, dan aku tertarik dengan satu cerita dia untuk dimuatkan dalam laman blog aku ni...ceritanya mengenai orang indonesia atau bahasa Indonesia....

menurut Dr. Abdullah dia ke Indonesia untuk satu program (tak dinyatakan program apa), kemudian semasa pengacara majlis berucap dia mengalu-alukan kedatangan peserta dari Malaysia...katanya dalam ucapan berbunyi begini..."selamat datang diucapkan kepada anak-anak, ibu-ibu, bapak-bapak dan kepala bapak"... mendengar sahaja perkataan "kepala bapak" pensyarah aku agak terkesima, sebab bunyinya agak kurang sopan jika dituturkan di negara kita...tapi "kepala bapak" menurut pengacara majlis ialah ketua rombongan...

aku pun tergelak besar ketika mendengar cerita daripada pensyarah aku...kelakar bila bandingkan bahasa kita dengan bahasa Indonesia sebenarnya...aku pun pernah menonton sinetron Indonesia, jadi aku juga faham sedikit dengan bahasa yang dituturka mereka jika melihat sarikata...memang tidak dinafikan kelainan bahasa yang wujud antara  bahasa Melayu dan bahasa Indonesia...

akhir kata: sayangi bahasa...budi bahasa budaya kita!

Dialek lagi!

Dalam ruangan kali ni aku nak Certia mengenai orang kelantan di bumi Perak...^___^






Teh merupakan salah satu menu wajib yang akan dipilih sebagai minuman jika aku dan kawan-kawan aku keluar makan di kedai...selalunya kawan aku akan pesan "teh o ais". tapi oleh sebab kami orang kelantan dan dialek kelantan terbawa-bawa sampai ke negeri Perak Darul Ridzuan daerah Tanjung Malim ni, masa nak pesan "teh o ais", kawan aku pesan "nak teh o beng satu"...mulanya pekerja agak kurang faham, tetapi apabila diberi penjelasan dia angguk tanda faham...apa nak buat, pekat sangat dialek kami...

satu kisah lagi, diceritakan oleh sahabat aku...dia cerita mengenai seseorang yang pergi makan di kedai... orang yang diceritakan itu juga orang kelantan. ceritanya begini, orang itu pergi makan di sebuah kedai, juga di negeri Perak ini, dia nak pesan sup cendawan tetapi disebutnya "sup kulat"...tercengang orang yang mengambil pesanan...tetapi selepas diterangkan balik, orang itu faham. bukan main susah lagi nak beri penerangan sebab dia terlupa "kulat" dalam bahasa Melayu standard orang panggil apa...tetapi bila sudah diterangkan, pekerja itu beritahu cendawan habis...haiyya...apa aku mengarut ni...baik lah sampai sini saja cerita aku...bai!

akhir kata: Sambutlah salam sahabatmu, cintailah bahasamu, sayangilah dirimu...

Setia tak bermakna Benci?


Assalamualaiku sekalian alam...

tahu tak maksud setia tu apa? setia selalunya digunakan dalam bercinta. setia sama ertinya dengan jujur. dalam bercinta, kita perlu jujur dan setia untuk menjalinkan sebuah ikatan yang kekal abadi...tetapi kena ingat, bercinta itu biarlah cinta yang halal dan diredhai...Benci pulak maksudnya sesuatu yang kita tidak suka...tak suka pada orang, pada benda, pada apa-apa sahaja yang boleh mewujudkan perasaan ini...

Berdasarkan tajuk di atas, tema yang aku nak kupas bukanlah pasal cinta sesama manusia, tetapi cinta manusia kepada bahasa...faham tak maksudnya? kalau tak faham teruskan baca apa aku nak tulis ni...

SETIA tak bermakna BENCI, maksudnya seseorang yang setia pada satu bahasa (Bahasa Melayu), tak bermakna dia benci pada bahasa lain (contoh bahasa Inggeris)...kita boleh belajar bahasa Inggeris dan gunakan bahasa Inggeris, tapi jangan sampai bahasa Melayu terpinggir...kita kenalah setia hanya pada bahasa ibunda kita yang tercinta (Bahasa Melayu)...

akhir kata: setia pada yang satu, jangan pula benci yang ada di sekeliling kita ^_____^

Sabtu, 16 Mac 2013

Ikan Oh Ikan!

Assalamualaikum sekalian alam...

Hari ni aku ke pasar malam di pekan "metropolitan" Tanjung Malim...hrmmm, penuh dengan lautan manusia di pekan tadi...sampai nak paking sebuah motosikal jenis EGO bernombor plat WSB 5147 pon susah...hahaha. sampai kan nak berjalan pon terhimpit-himpit, terlanggar sana, terlanggar sini, terpijak selipar sana, terpijak selipar sini...terlanggar punggung sana, terlanggar punggung sini...apa punya orang lah..jangan ambil kesempatan sudah...sampai nak beli "uncle bob" pon kena beratur sampai berpeluh satu badan...sampai nak berjalan pon tak ada "mood"...ramai benar penggemar pasar malam di Tanjung Malim ni...Semester ini, hari ni pertama kali aku ke pasar malam...maklumlah, selepas biasiswa KPM masuk ni, seronok la berbelanja...biasiswa KPM dah masuk kannn...hahaha, nasib baik dah masuk. kalau tidak memang muflis teruk lah aku...

Di pasar malam tadi, aku beli seekor ikan yang telah dimasak...ikan percik! beli lauk je, nasi masak sendiri...bajet rajin la katakan...hahaha bila tengok je ikan percik tadi, perhh! nampak sedap, tapi bila makan...tidak sesedap yang dilihat rasanya...boleh laa kan...kenyang jugak la. (Alhamdulillah)...^___^

Bercakap pasal ikan ni...sebenarnya ikan yang sama di Tanjung Malim digelar dengan gelaran yang lain di tempat aku...contohnya, ikan tongkol di Kelantan dikenali sebagai ikan "ayo", tapi bila di Perak lain pulak namanya, ikan "kayu"...hehehe
Kalau ikan cencaru pulak, di Kelantan kami panggil ikan "kho'nge/jeket besi"...hahaha
ikan sardin, kami orang Kelantan panggil ikan "selayang (selaye)"...

tadi aku beli ikan kembung, di kelantan pun ikan kembung juga kami namakan...tapi ikan kembung percik harganya Ringgit Malaysia 4 seekor...mahal kot...alahai! kalau di Kelantan mungkin boleh dapat harga yang lebih rendah...hrmmm (aku rindu Kota Bharu)...

-ikan kembung~gambar sekadar hiasan-


akhir kata: pegi pasar malam buat habiskan duit KPM je...hahaha (Terima kasih ayahanda dan bonda)...^____^

Khamis, 14 Mac 2013

Burger King!


Malam-malam macam ni rasa lapar la pula. kan sedap kalau dapat makan kuih muih yang ada di Kota Bharu, kampung halaman aku, tempat dimana aku dilahirkan dan dibesarkan sehingga dewasa begini...hahaha, drama sikit.

Kalau di Kelantan, macam-macam kuih boleh makan yang sememangnya tak boleh nak makan di  Bandar Metropolitan Tanjung Malim ni. Rindunya nak makan kuih di Kelantan, kuih "lompat tikam", "bronok" "cek mek", "kolleh ubi" dan banyak lagi yang kalau aku sebut pon bukannya boleh makan...hrmmm... kalau diikutkan hati ini, aku lebih suka kuih kelantan berbanding makanan seperti "sandwich", "buger" dan yang sama waktu dengan nya lah...

aku bukan nak cerita pasal makanan ni semua, tapi aku nak cerita pasal peristiwa aku di "Burger king warung" semasa berada di R&R Sungai Buloh, dekat jejantas semalam. masa tu aku dengan kawan seperjuangan aku yang sedang kelaparan ingin membeli burger. Seperti biasalah, dengan kepekatan dialek yang kami miliki, nak bercakap untuk pesan dua set burger pun susah...dialog kami semalam:

pekerja: selamat datang! nak makan sini ke bungkus?
aku dan Fadilah: nak bungkus...
pekerja: nak set mana?
aku dan Fadilah: sambil melilau-lilau melihat menu yang terdampar besar di depan mata, kami buat keputusan untuk pilih yang paling murah...kehkehkeh.
pekerja: tanya untuk kali yang kedua "nak set mana"
aku dan Fadilah: 2 set burger... (aku pun lupa nama menu semalam)...
pekerja; set besar ke kecil?
aku dan Fadilah: set besar, tak nak air...
pekerja: rugila tak nak air, sebab harga sama je...
aku: Marilah air pun...(alamak! tersasul)...dialog yang aku maksudkan (boleh la kalau sekali dengan air pun)...
pekerja: tersengeh...
aku dan Fadilah: ketawa terbahak-bahak...


akhir kata: Oh bahasa Melayu aku! hehehe