photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Rabu, 13 Mac 2013

Tajwid pun Masih Tercungap-cungap!

Dengan nama Allah...



Assalamualaikum,

hari ini aku ingin kongsikan sedikit pendapat aku yang aku pun tak tahu boleh diterima pakai ke tidak. aku sekadar ingin meluahkan perasaan yang terbuku di hati aku ini...hadoi! sedih, sedih, dan sedih...nak tahu sebab apa? sebab biasiswa KPM aku tak masuk-masuk lagi...aku hampir diisytiharkan "bankrup" oleh Noma sdn. Bhd kalau minggu ni Kpm tak masuk dalam akaun aku yang sedang kehabisan ringgit Malaysia, negaraku tercinta..sedih juga sebab jam begini aku tak makan lagi, dan aku turut sedih kerana kain baju masih berlonggok di dalam baldi...hehehe, tapi buka ini yang aku nak cerita sebenarnya...

Aku nak cerita mengenai subjek bahasa Melayu wajib lulus dalam SPM...memang kena lulus la subjek bahasa Melayu kan...apa nak hairan, tapi bila subjek bahasa Inggeris pun sudah diwajibkan lulus, aku rasa sangat bertuah sebab aku memang sentiasa tidur kelas BI masa zaman sekolah...hehehe, nasib baik (^___^)

Bukan aku tak setuju subjek bahasa Inggeris dijadikan subjek wajib lulus...kena la lulus jugak, biasalah "Bahasa Melayu Dimartabatkan, Bahasa Inggeris Diperkasakan"...selaraslah dengan hasrat murni tuu...

Cuma...kenapa tidak mewajibkan lulus juga Pendidikan Islam, selain berbilag kaum, Malaysia juga  merupakan sebuah negara Islam yang mana agama Islam merupakan agama rasmi negaraku yang tercinta ini...jadi, tak salah aku rasa jika subjek Pendidikan Islam diberi keutamaan juga untuk semua pelajar lulus dalam SPM kan...aku tengok budak-budak sekarang duk berusaha belajar BI, pergi kelas tambahan situ. pergi kelas tambahan sana, pergi kelas tambahan sini...tapi belajar agama hampeh...malas! tak patut sungguh!

akhir kata: Orang sekarang lebih risaukan Ohh my English! berbanding Ohh my Tajwid!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan