photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Jumaat, 22 Mac 2013

Cerita Dr. Abdullah Yusuff



Semantik dan Pragmatik merupakan salah satu subjek yang aku ambil  semester ini...sangat seronok berada dalam kelas ini, tetapi sangat malas untuk ke kelas ini kerana kelas Semantik dan Pragmatik bermula dari jam 5 petang hingga 7 petang, sedangkan aku tak ada kelas pada waktu sebelumnya...sangat kecewa dengan jadual semester ini...tak "best" langsung!

Pensyarah aku sangat suka bercerita, dan aku tertarik dengan satu cerita dia untuk dimuatkan dalam laman blog aku ni...ceritanya mengenai orang indonesia atau bahasa Indonesia....

menurut Dr. Abdullah dia ke Indonesia untuk satu program (tak dinyatakan program apa), kemudian semasa pengacara majlis berucap dia mengalu-alukan kedatangan peserta dari Malaysia...katanya dalam ucapan berbunyi begini..."selamat datang diucapkan kepada anak-anak, ibu-ibu, bapak-bapak dan kepala bapak"... mendengar sahaja perkataan "kepala bapak" pensyarah aku agak terkesima, sebab bunyinya agak kurang sopan jika dituturkan di negara kita...tapi "kepala bapak" menurut pengacara majlis ialah ketua rombongan...

aku pun tergelak besar ketika mendengar cerita daripada pensyarah aku...kelakar bila bandingkan bahasa kita dengan bahasa Indonesia sebenarnya...aku pun pernah menonton sinetron Indonesia, jadi aku juga faham sedikit dengan bahasa yang dituturka mereka jika melihat sarikata...memang tidak dinafikan kelainan bahasa yang wujud antara  bahasa Melayu dan bahasa Indonesia...

akhir kata: sayangi bahasa...budi bahasa budaya kita!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan