Assalamualaikum...
Pada masa, waktu, detik dan saat ini mata aku dah tak boleh nak celik sebenarnya. Tapi aku cuba juga untuk buka seluas-luasnya sepasang mata aku yang sedang layu ini untuk coretkan cerita aku agar aku dapat siapkan diari blog aku untuk minggu ini...hehehehe
Hari ni bangun saja daripada tidur, perkara pertama yang aku fikirkan ialah, nak sambung tidur balik...hahahaha, tapi perkara itu tidak terjadi sebab aku ada kelas pagi-pagi lagi. Jadi, aku gagahkan juga untuk bangun, lupakan niat untuk tidur dan bangun untuk mandi, walaupun agak lambat-lambat...hehehe...seterusnya, selepas aku berjaya bangun meninggalkan katil bilik yang tak berapa empuk, aku ke bilik air untuk persiapkan diri dan menunaikan kewajipan aku sebagai seorang manusia yang beragama Islam.
Hari ini, aku ke kelas dengan membonceng motosikal kawan aku ataupun pasangan hidup aku kat UPSI ni, iaitu Fiza. Pada waktu pagi, jalan raya di bandar raya metropolitan Tanjung Malim agak sibuk sedikit, jika dibandingkan dengan waktu malam. Nak tahu sebab apa, kalau waktu malam, jalan raya di Tanjung Malim ni, macam tak berpenghuni pulak, pedek kata boleh buat tempat untuk baring-baring sambil makan ais krim. hahahaha...
Berbalik kepada cerita yang tak berapa menarik tadi. Masa aku duduk atas motor sambil menghirup udara yang tak berapa nak segar, dengan harapan untuk menghadiri kuliah sosiolinguistik, aku terlihat seorang pemandu kereta yang memandu keretanaya dan sempat memandang ke arahku sambil melemparkan senyuman yang agak manis, mungkinkah orang itu terlebih pemurah dengan senyuman ataupun nak mengorat...hahahaha....saja nak perasan...
Sampai saja di kawasan lampu isyarat, aku ternampak seorang pak cik yang meunggan sebuah motosikal.
Di belakang motosikal pak cik tu terdapat bendera jalur gemilang yang berkibaran, saiz bendera tu sebesar saiz motosikal dia...punya la besar, sampai kan aku terfikir, sekarang ni bulan Ogos ker??? Rupa-rupanya aku yang bongok, pak cik tu punya la bersemangat patriotisme aku pulak tergelak sorang-sorang kat belakang...tabik "spring" la pada pak cik tu...
Masa berhenti di kawasan lampu jalan, semua pemandu yang di depannya menyala lampu jalan berwarna merah akan berhenti menunggu giliran lampu hijau untuk meneruskan perjalanan, ini maknanya semua orang faham dengan simbol yang dilihat..."simbol bahasa". waktu tu aku terfikir, simbol juga sememangnya berperanan dalam bahasa walaupun tanpa sebarang komunikasi...semua yang ada di atas jalan raya pagi tadi berjaya berkomunikasi menggunakan simbol sahaja, jika kita dapat patuhi simbol yang dilihat, kita mungkin dapat mengelakkan kemalangan jalan raya...hehehe
akhir kata: Seronok ke kelas sosiolinguistik hari ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan