photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Jumaat, 22 Mac 2013

Dialek lagi!

Dalam ruangan kali ni aku nak Certia mengenai orang kelantan di bumi Perak...^___^






Teh merupakan salah satu menu wajib yang akan dipilih sebagai minuman jika aku dan kawan-kawan aku keluar makan di kedai...selalunya kawan aku akan pesan "teh o ais". tapi oleh sebab kami orang kelantan dan dialek kelantan terbawa-bawa sampai ke negeri Perak Darul Ridzuan daerah Tanjung Malim ni, masa nak pesan "teh o ais", kawan aku pesan "nak teh o beng satu"...mulanya pekerja agak kurang faham, tetapi apabila diberi penjelasan dia angguk tanda faham...apa nak buat, pekat sangat dialek kami...

satu kisah lagi, diceritakan oleh sahabat aku...dia cerita mengenai seseorang yang pergi makan di kedai... orang yang diceritakan itu juga orang kelantan. ceritanya begini, orang itu pergi makan di sebuah kedai, juga di negeri Perak ini, dia nak pesan sup cendawan tetapi disebutnya "sup kulat"...tercengang orang yang mengambil pesanan...tetapi selepas diterangkan balik, orang itu faham. bukan main susah lagi nak beri penerangan sebab dia terlupa "kulat" dalam bahasa Melayu standard orang panggil apa...tetapi bila sudah diterangkan, pekerja itu beritahu cendawan habis...haiyya...apa aku mengarut ni...baik lah sampai sini saja cerita aku...bai!

akhir kata: Sambutlah salam sahabatmu, cintailah bahasamu, sayangilah dirimu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan