photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Jumaat, 8 Mac 2013

Pekatnya Dialek Kami!

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak cerita mengenai penggunaan dialek antara aku dan kawan-kawan aku di UPSI. Di UPSI ni, aku rapat dengan 6 orang wanita yang kesemuanya sangat ayu dan jelita termasuklah aku...hehehe, masuk bakul sikit.

Kalau nak tahu, kami semua sangat suka berborak, bercakap-cakap perkara yang kami rasa menarik bila berkumpul ramai-ramai, walaupun cakap tentang benda yang tak berfaedah sekalipun,waima mengumpat...hahaha, tipu la, kalau aku cakap aku tak pernah mengumpat, tak boleh dinafikan yang manusia suka mengumpat, tapi dalam kalangan aku dan kawan-kawan aku, ada je yang tak suka mengumpat, yang baik sikit seperti Syikin dan Aini...selalunya mereka tukang dengar je...tapi, sekarang kami dah taubat, dah tak main dah mengumpat semua ni, tak berfaedah semua tu, percuma je dapat dosa...betul tak...hehehe

Sebenarnya aku berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, negeri Kelantan yang terkenal dengan Bandar Raya Islam...negeri kesayangan aku, antara aku dan kumpulan kawan-kawan aku seramai 7 orang semuanya, majoriti berasal daripada kelantan, secara banciannya aku, Fadhilah, Fiza orang Kelantan, Syikin dan Aini orang Terengganu, Khairun orang Pahang dan Tikah orang Negeri Sembilan campur Kelantan...haa, jadi kalau bercakap dengan diaorang ni, aku secara langsung akan bertutur menggunakan dialek Kelantan... kami bercakap menggunakan kata ganti nama diri berdasarkan dialek kelantan, iaitu "kawe" (aku) "demo" (kamu)...

Aku bukan tak nak bercakap guna bahasa standard, aku cuba tapi asyik tersasul jer...bila tersasul, mulala masing-masing ketawa terbahak-bahak...apa tak nya, jika perkataan abang jadi aban atau abam...kalau sebut kolam boleh pula jadi kolan, perkataan tengok jadi tengak...tadi, masa nak beli air, tuan kedai cuba nak bergurau senda dengan kita orang, dia kata air yang berharga seringgit jadi 2 ringgit. Apa lagi kawan aku, Fadhilah tersasul berkata, kalau 2 ringgit nak tak semula...(maksudnya kalau air tu 2 rinngit kami tak jadi ambil), tanpa berlengah satu ledakan ketawa meletus antara kami...hehehe, bukan apa, lidah aku dan "member-member" Kelantan aku yang lain sudah terbiasa dengan dialek kelantan, jadi susah sikit la kalau nak guna bahasa standard, tapi kami tetap  cuba sedaya upaya kami untuk menggunakan bahasa ibunda yang tercinta...(^_____^)




Tujuh sekawan (dari kanan: Tikah, Aini, Fiza, Fadhilah, Khairun, Syikin dan aku)



~Senyum Sokmo~



akhir kata: Tiada kata secantik bahasa selain bahasa Melayu yang tercinta! selepas bahasa Syurga. kan...^___^



Tiada ulasan:

Catat Ulasan