photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Khamis, 14 Mac 2013

Aduhai Seminar (^_____^)


Assalamulaikum sekalian alam...

pada petang ini, aku ingin cerita mengenai hari yang aku lalui di UPM semalam...sememangnya banyak input yang berguna aku perolehi dan banyak juga input yang tak ada gunanya aku ikuti semalam...jika difikirkan balik, aku ke UPM semalam untuk berseminar ataupun untuk memenuhi permintaan pensyarah yang menyuruh setiap pelajar yang mengambil Prosa Melayu supaya menghadiri seminar 6 tokoh sasterawan negara, dengan pengecualian kuliah!!!

Berbekalkan harapan agar dapat A! hahaha,sangat melampau di situ...saja gurau... aku ke seminar semalam...membawa pulang sekeping cakera padat yang mengandungi kertas kerja setiap pembentang dan sekeping sijil bersaiz a4 yang hampir dibasahi hujan...

Tidak dinafikan, pergi seminar semalam agak menyeronokkan walaupun terselit juga rasa penyesalan...tapi apa kan daya, hari yang berlalu biarlah berlaku, yang harus aku tumpu ialah hari yang sedang memanggilku...

Khusuk mendengar...c(:


salah seorang pembentang kertas kerja yang aku sendiri pun lupa namanya siapa sebab aku terlalu leka memikirkan perkara yang langsung tidak dibincangkan di dalam dewan za'ba semalam, katanya seorang sasterawan menghasilkan hasil sastera beliau menggunakan inspirasi daripada al-Quran...lupa pula aku surah apa...kalau tak silap surah yang ke 89, nanti aku cek balik...hehehe, aku agak tertarik dengan pembentangan beliau.

tapi bukan pembentangan beliau yang aku nak ceritakan di sini. tapi aku nak cerita mengenai sikap seseorang yang aku temui di UPM semalam...seorang yang aku tidak kenali, orang asing barangkali...yang pasti bukan orang Melayu, ya, orang asing...kerana dari segi rupa paras dan bunyi pelat pada percakapannya aku yakin bukan orang Melayu...tapi, sangat fasih berbahasa Melayu! wah! sangat bagus orang itu...dia bertanya kepadaku mengenai bagunan yang dicarinya, katanya: "maafkan saya, boleh saya tanya di mana blok B" aku agak terkejut juga bila disergah dan ditanya begitu, maklumlah aku bukan pelajar di situ dan langsung tidak mengetahui selok belok tempat itu. lalu aku berkata, "saya tak tahu kerana saya juga pelawat di sini, saya datang untuk berseminar" dia tersenyum dan berkata "oh iya ke? maaf kan saya. terima kasih ya" aku terus berlalu meninggalkan orang itu...



berseminar di depan kandang (^____^)

Bagusnya orang itu apabila lebih memilih untuk bercakap bahasa Melayu daripada bahasa Inggeris dengan aku semalam, kalau cakap bahasa Inggeris gamaknya aku akan mendapatkan penterjemah bahasa untuk berkomunikasi dengan orang itu, maklumlah BI aku tak fasih mana pun. Rasa bangga pula bila bahasa Melayu turut dipertuturkan oleh orang asing. Mungkin orang itu menguasai banyak bahasa, mungkin juga bahasa Melayu menjadi bahasa ke-2 atau ke-3 yang dikuasai beliau. Biasalah pemerolehan bahasa seseorang sudah tentulah bahasa yang dipertuturkan di negara masing-masing atau bahasa ibunda masing-masing.



akhir kata: Bahasa melayu pertama di hatiku...Agak seronok berada di UPM semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan