photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Khamis, 14 Mac 2013

Burger King!


Malam-malam macam ni rasa lapar la pula. kan sedap kalau dapat makan kuih muih yang ada di Kota Bharu, kampung halaman aku, tempat dimana aku dilahirkan dan dibesarkan sehingga dewasa begini...hahaha, drama sikit.

Kalau di Kelantan, macam-macam kuih boleh makan yang sememangnya tak boleh nak makan di  Bandar Metropolitan Tanjung Malim ni. Rindunya nak makan kuih di Kelantan, kuih "lompat tikam", "bronok" "cek mek", "kolleh ubi" dan banyak lagi yang kalau aku sebut pon bukannya boleh makan...hrmmm... kalau diikutkan hati ini, aku lebih suka kuih kelantan berbanding makanan seperti "sandwich", "buger" dan yang sama waktu dengan nya lah...

aku bukan nak cerita pasal makanan ni semua, tapi aku nak cerita pasal peristiwa aku di "Burger king warung" semasa berada di R&R Sungai Buloh, dekat jejantas semalam. masa tu aku dengan kawan seperjuangan aku yang sedang kelaparan ingin membeli burger. Seperti biasalah, dengan kepekatan dialek yang kami miliki, nak bercakap untuk pesan dua set burger pun susah...dialog kami semalam:

pekerja: selamat datang! nak makan sini ke bungkus?
aku dan Fadilah: nak bungkus...
pekerja: nak set mana?
aku dan Fadilah: sambil melilau-lilau melihat menu yang terdampar besar di depan mata, kami buat keputusan untuk pilih yang paling murah...kehkehkeh.
pekerja: tanya untuk kali yang kedua "nak set mana"
aku dan Fadilah: 2 set burger... (aku pun lupa nama menu semalam)...
pekerja; set besar ke kecil?
aku dan Fadilah: set besar, tak nak air...
pekerja: rugila tak nak air, sebab harga sama je...
aku: Marilah air pun...(alamak! tersasul)...dialog yang aku maksudkan (boleh la kalau sekali dengan air pun)...
pekerja: tersengeh...
aku dan Fadilah: ketawa terbahak-bahak...


akhir kata: Oh bahasa Melayu aku! hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan