photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Rabu, 13 Mac 2013

Aku Keliru


lembu dilarang masuk

Nampak tak gambar atas tu, haa...hari ni aku bukan nak cakap pasal lembu ke apa...cuma gambar di atas tu agak menarik perhatian aku, ada ke lembu dilarang masuk. macamla lembu tu pandai membaca kan...hehehe

Baik lah, sebelum masuk waktu solat fardhu zuhur bagi wilayah Tanjung Malim dan kawasan-kawasan yang sewaktu denganya dan sebelum aku mengarut dengan lebih lanjut lagi, aku sebenarnya nak tulis tentang sesuatu...hehehe, nak tahu tentang apa? tentang ketaksaan makna. kedengaran agak ilmiah sedikit penulisan aku di laman blog kali ini, tetapi aku sekadar ingin berkongsi tulisan dan cerita sahaja, tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia...hanya berkenaan dengan diri aku sahaja...hehehe aku dah mengarut semula nampaknya!

baiklah kita pergi kepada perkongsian ilmiah sedikit pada hari ini. tahu tak apa yang dimaksudkan dengan ketaksaan makna?

ketaksaan makna tu maksudnya sesuatu ayat atau kata-kata yang diungkapkan tu mempunyai banyak makna atau maksud sama ada yang tersirat atau pun yang tersurat. sebagai contoh ayat: ibu bapa Azman berkahwin lagi. kalau dilihat kepada ayat ini, sebenarnya ayat ini mengandungi banyak makna. makna yang pertama (kedua-dua ibu bapa azman berkahwin lagi) makna yang kedua (ibu kepada bapa azman berkahwih lagi) makna yang ketiga (ibu azman berkahwin lagi dan bapa azman berkahwin lagi)...haa faham kan.

Di sini ada satu cerita, tentang dua orang yang sedang bermesej...mungkin pasangan kekasih. si lelaki mungkin terlebih menghayati erti ketaksaan makna. maka dialog mereka jadilah begini...:

gadis: awak, saya lapar
lelaki: hai lapar...saya Azam
gadis: awak saya "serius" ni...
lelaki: awak ni lapar ke "serius"?
gadis: awak main-main erk...
lelaki: tak lah, saya azman...
gadis: &%*%$3@*&%........

akhir kata: fahami sesuatu sebelum bertindak! (^_____^)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan