photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Rabu, 27 Mac 2013

Dia Lagi Hebat Kot!

Assalamualaikum sekalian alam...




Hari ni tak ada apa yang menarik pun berlaku dalam hidup aku...sebab hari ni aku hanya berada di bilik dan tak pergi ke mana-mana pun...kelas pagi tadi batal yang sememangnya sudah diketahui dari semalam, petang nanti baru aku ada kelas...jadi, aku terperuk dalam bilik jer laa...

Aku nak cerita sikit pasal perkara yang berlaku semasa aku dan rakan-rakan aku tengah buat perbincagan mengenai iklan yang akan aku buat untuk subjek sosiolinguistik di bilik perbincangan di perpustakaan...di sebelah meja aku dan raka-rakan aku pada masa tu ada seorang hamba Allah yang sedang belajar seorang diri...

Tiba-tiba...

Hamba Allah itu pun bertanya ""awak macam mana nak "connect" internet kat sini ye?"...kami dengan tidak tahunya membalas soalan tadi..."kami pun tak tahu sebab kami pun tak dapat juga nak sambung dengan internet ni"...setelah bercakap-cakap dan berbahas sedikit, dia pun berkata..."it's okey...i think i should ask staff here about this"...tiba-tiba saja keluar ayat BI...kami pun, berpandangan sesama sendiri, bukan sebab tak faham, tapi agak pelik...tadi elok jer cakap BM...tiba-tiba je jadi BI pula...hrmm

Aku bukan marah dia cakap BI, nak "speaking" tu boleh je... cuma apa salah nya cakap BM dengan bangsa sendiri...sah-sah yang ada di situasi itu pada masa itu, semuanya keturunan Melayu sejati...

akhir kata: orang yang bodoh sombong ialah orang yang bercakap bahasa asing dengan bangsa sendiri... (bahasa itu jatidiri kita) ^___^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan