photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Selasa, 26 Mac 2013

Mak Cik Saya tak nak!

Assalamualaikum w.t.b...

Tajuk cerita aku pada malam ini ialah "cerita selepas hujan"...petang tadi aku ke kelas Prosa Melayu. Mak aii, hujan kemain lagi lebat turun membasahi bumi Tanjung Malim. Masa aku duduk dalam bas aku dan Fadhilah masih boleh tersenyum sambil berbual-bual...tapi bila sampai saja depan Kampus lama, maksudnya aku kena turun daripada bas dan meredah hujan yang sangat lebat itu...dah la "En. bas" turunkan kami jauh dari tempat teduh..."alamak! gerenti basah"...hati aku bermonolog, turun je daripada bas Kiffah trading, aku berlari dengan laju...bukan berlari-lari anak...selaju mana pun aku lari aku tetap basah seperti sedang mandi...sebenarnya, aku tak nak cerita pasal aku basah sebab hujan tadi...aku cuma nak cerita pasal seorang mak cik yang menjual kerepek ubi...hehehe ^____^




Lepas kelas habis, aku ke keda "Djerai" untuk beli nasi goreng udang yang aku sukai...hehe, masa tengah tunggu nasi goreng siap, aku berbual-bual dengan Fadhilah Saei, tiba-tiba datang seorang mak cik yang membawa beg plastik yang saiznya agak besar dan mengandungi kerepek...mak cik tu cakap "dik mak cik jual kerepek, ada macam-macam kerepek ni" 3 bungkus 10 ringgit"...sambil menyusun bugkusan kerepek miliknya diatas meja untuk ditunjukkan kepada kami...aku pun berkata "tak apa lah mak cik, saya tak nak"...
kemudian, mak cik itu pun berkata lagi..."ambil la dik, satu pun tak apa, tolong laa...satu tiga ringgit lima puluh sen je"...ambil laa satu dik"...aku serba salah jadinya..."saya ambil satu la mak cik"...mak cik itu tersenyum...

Bahasa sapaan yang aku guna dengan mak cik tadi ialah "mak cik"...dan dia panggil aku "adik"...tanpa mengenali nama masing-masing, kalau sesetengah orang, ada yang tak boleh terima apabila kita memanggilnya mak cik atau pak cik jia kita tidak mengenali mereka...aku dah pernah kena laa, trauma juga laa aku rasa nak panggil orang dengan panggilan mesra macam tuu...nanti aku cerita lain kali pasal tu...
apa-apa je lah, kerepek pun dah habis makan, nasi goreng pon boleh tahan laa sedap nya, Alhamdulillah rezeki hari ni... semoga mak cik itu gembira!

akhir kata: hujan rahmat di bumi Tuhan...^____^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan