photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Khamis, 28 Mac 2013

Indahnya Bahasa Syurga!

Assalamualaikum sekalian alam...




Cantinya warna hijau...warna hijau merupakan warna yang aku gemari...sebab warna hijau sangat indah dan penuh dengan kedamaian...warna hijau ni pun warna syurga...jadi kena selalu dan kena banyak laa tengok warna hijau...hehehe

Buktinya, dalam Al-Quran pun ada menyebut tentang perkara ini:


“Penduduk Syurga itu (bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
(Ar-Rahman: Ayat 76)


“Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
(Al-Insan: Ayat 21)




Jam di lap top aku pada masa ini jelas menunjukkan pukul 1.16 a.m...oleh sebab nak siapkan kelima-lima diari untuk minggu ni aku sanggup bertarung dengan perasaan mengantuk supaya siap diari aku minggu ni...hehehe, semoga aku yang akan menang dan mengantuk akan kalah...

sebenarnya pernah terdetik dalam hati ini untuk belajar bahasa syurga, iaitu bahasa Arab...wah! seronoknya kalau pandai dan dapat faham bahasa Arab kan...Surat cinta Allah pun dalam bahasa Arab...selama ini, aku tahu baca sahaja, tapi tidak faham kalau tidak melihat terjemahan...malangnya nasib...tapi aku cuba juga untuk belajar secara perlahan-lahan...(man jadda wa jada) siapa usaha dia dapat...kena cari suami yang pandai cakap bahasa Arab nampaknya...hehehe, gatal plak rasa...c(;

Aku tengok ada sahabat-sahabat di "facebook" menulis status dalam bahasa Arab...aku nak tulis jugak, tak reti la pulak...tapi tak pe, di sini aku nak kongsi sedikit perkataan daripada bahasa Arab yang aku tahu buat masa ini...lihat di bawah:






Assalamualaikum (sejahtera ke atas kamu) = السلام عليكم
Waalaikumussalam (sejahtera juga ke atas kamu) = و علیکم السلام
perhentian = (mauqifun) موقف
orang yang berjaya = (najihun) ناجح
desa, kampung = (qaryatun) قرية
murah = (rakhiisun) رخيص
cemerlang = (baahirun) باهر
gagal = (raasibun) راسب
ana = aku
anta = kamu
Ana uhibbuki = aku cinta padamu
La = tidak
ya = na'am
terima kasih = syukran/ jazakumullah khairan
sama-sama = afwan/ mutaasawin
ahlan wasahlan = selamat datang
selamat malam = lailatu sa'idah/ tusbihu 'alal khair
selamat pagi = sobahul khir/ sobahun nur/ sobahus surur/ sobahul ful
awak apa khabar = anta khaifahaluk
berapa umur awak = kam umruk


Setakat ini saja daripada aku yang sangat fakir berbahasa Arab...selamat belajar bahasa Arab bersama aku...jumpa lagi minggu hadapan pada waktu dan hari yang sama dalam "mari bercakap bahasa Arab" ^____^

akhir kata: bahasa Arab bahasa Syurga...babai...

1 ulasan:

  1. Titanium White Wheels
    Titanium White wheels are titanium tools designed for the ultimate performance goyangfc.com and flexibility with the help of titanium nitride coating the premium components 2020 ford edge titanium for sale and the high performance.‎Tiadon Slant (Tiadon) · ‎Titanium nano titanium Slant (Tiadon)

    BalasPadam