photo image001kf1js1.gif photo pen-dance.gif

Jumaat, 22 Mac 2013

Setia tak bermakna Benci?


Assalamualaiku sekalian alam...

tahu tak maksud setia tu apa? setia selalunya digunakan dalam bercinta. setia sama ertinya dengan jujur. dalam bercinta, kita perlu jujur dan setia untuk menjalinkan sebuah ikatan yang kekal abadi...tetapi kena ingat, bercinta itu biarlah cinta yang halal dan diredhai...Benci pulak maksudnya sesuatu yang kita tidak suka...tak suka pada orang, pada benda, pada apa-apa sahaja yang boleh mewujudkan perasaan ini...

Berdasarkan tajuk di atas, tema yang aku nak kupas bukanlah pasal cinta sesama manusia, tetapi cinta manusia kepada bahasa...faham tak maksudnya? kalau tak faham teruskan baca apa aku nak tulis ni...

SETIA tak bermakna BENCI, maksudnya seseorang yang setia pada satu bahasa (Bahasa Melayu), tak bermakna dia benci pada bahasa lain (contoh bahasa Inggeris)...kita boleh belajar bahasa Inggeris dan gunakan bahasa Inggeris, tapi jangan sampai bahasa Melayu terpinggir...kita kenalah setia hanya pada bahasa ibunda kita yang tercinta (Bahasa Melayu)...

akhir kata: setia pada yang satu, jangan pula benci yang ada di sekeliling kita ^_____^

1 ulasan: